Ikan Bawal Emas Masak Kari, eda kitchen, ida nursuri, eda nursuri
Ikan Bawal Emas Masak Kari

Mungkin ada yang tertanya-tanya ikan Bawal masak apa sedap, ya bagi saya ikan bawal ni masak kari lah yang sedap. Kalau kenduri kendara seperti majlis kahwin menu ikan bawal masak kari selalu menjadi pilihan hidangan disamping menu lain seperti menu berasakan daging dan ayam. Jadi disini saya nak share dengan kawan-kawan semua cara masak kari ikan bawal yang pekat kuahnya dan sedap bila makan panas-panas.  Sebenarnya penggunaan daun kari dalam masak kari taklah wajib sangat sebab sesetengah tempat susah nak dapat daun kari.   Jadi apa lagi jom kita tengok resepi ikan bawal masak kari istimewa untuk semua.


Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ikan Bawal Emas
  • 1 biji tomato dibelah 4
  • 2 biji bawang merah dimayang
  • 2 ulas bawang putih dihiris 
  • 1 inci halia
  • 10 biji kacang bendi
  • 1 biji cili besar dipotong serong
  • 3 sudu makan serbuk kari dijadikan pes
  • 1 sudu teh herba campuran
  • 1/3 cawan minyak masak
  • 3 tangkai daun kari 
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • Garam dan ajinomoto
  • Air 

Bahan-Bahan Ikan Bawal Emas Masak Kari, eda kitchen, ida nursuri, eda nursuri


Cara-Cara Memasaknya:

1.  Panaskan minyak kemudian masukkan herba campuran diikuti oleh bawang merah, bawang putih dan halia.  Tumis sehingga kekuningan dan mengeluarkan aroma.

2.  Selepas itu lurutkan daun kari.  Tak nak guna semua pun tak apa.  Gaul seketika selepas itu masukkan pes kari.  Gaul sehingga pecah minyak.  Tambah sedikit air supaya taklah kering sangat dan menyebabkan hangit.

3.  Masukkan tomato dan ikan bawal.  Masak seketika lebih kurang 5 minit, barulah masukkan kacang bendi, cili besar, pes asam jawa, garam dan ajinomoto.  Gaul sekata.

4.  Sambung masak lagi dengan menutup kuali seketika lebih kurang 5 minit.  Selepas itu tutup api.  Ok siap untuk dihidang.

Selamat mencuba