Cara masak pula....ya mungkin setiap orang berlainan cara nak masak sup kaki ayam ni tapi bagiku tak ada banyak beza nak masak sup ayam dengan sup kaki ayam so sama je janji kentang tu kena banyak kerana anak-anak suka memburu kentang didalam sup. Sup bunjut tu pula beli yang siap-siap dah lengkap didalamnya 4 sekawan, mudahkan?... ha ha orang bilang cara kau....cara kaulah dan ini cara aku. Jika cara kita berbeza, mungkin boleh cuba buat mengikut caraku......
vLog Cara Masak Sup Kaki ayam @ Sup ceker ayam
Bahan-Bahan:
🐔 15 kaki ayam
🐔 2 biji kentang
🐔 1 batang lobak merah
🐔 4 biji bawang merah
🐔 4 ulas bawang putih
🐔 1 ketul halia
🐔 1 kiub ayam
🐔 1 bunjut sup
🐔 2 sudu makan serbuk rempah sup
🐔 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga)
🐔 1/3 minyak masak
🐔 Garam
🐔 Serbuk perasa (MSG)
🐔 Air
Dihidang bersama:

🐔 Daun sup
🐔 Limau kasturi
🐔 Cili api
🐔 Bawang goreng
🐔 Limau kasturi
🐔 Cili api
🐔 Bawang goreng
Cara Memasak:
1. Kaki ayam dibuang bahagian kuku, dipotong dua kemudian dibersihkan. Selepas itu rebus sehingga betul-betul masak dan lembut.
2. Panaskan sedikit minyak lebih kurang 1/3 cawan minyak, kemudian masukkan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. Masukkan juga hirisan bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga kegaringan dan wangi.
3. Selepas itu masukkan 2 cawan air (ikut suka air nak banyak mana), pangkal daun sup yang telah dicuci bersih, hirisan halia, kiub pati ayam, sup bunjut, garam dan ajinomoto. Gaul kesemua bahan sehingga larut dan sebati.
4. Kemudian masukkan kaki ayam yang telah direbus tadi. Gaul. Jika nak campur sedikit air rebusan kaki ayam pun boleh.
5. Apabila sudah mendidih masukkan serbuk sup....serbuk sup ni boleh jika nak dijadikan pes terlebih dahulu dan masukkan awal. Gaul sehingga serbuk sup larut dan sebati.
6. Selepas itu masukkan kentang yang telah dipotong kiub. Kentang ni agak lama sedikit memasaknya jadi boleh tutup periuk seketika supaya kentang cepat empuk. Malah proses menutup ni juga akan menjadikan ayam menjadi lembut.
7. Bila kentang sudah masak, bolehlah masukkan lobak merah. Masak lebih kurang 5 minit selepas itu matikan api. Tak sedap jika lobak dimasak lama.
8. Apabila telah masak, bolehlah campurkan dengan hirisan daun sup, bawang goreng, hirisan cili api dan juga perahan air limau kasturi. Hidangkan bersama nasi panas atau sejuk kerana sup ni sangat sedap disediakan dalam keadaan panas-panas.

0 Comments