Kuih Lempeng Kelapa / Pek nga, eda kitchen, ida nursuri, eda nursuri
Kuih Lempeng Kelapa / Pek nga

Orang pantai timur memanggilnya lempeng kelapa manakala di Negeri Kedah pula ia terkenal dengan panggilan pek nga.  Dengan menggunakan 4 bahan sahaja kuih yang sangat ringkas dan mudah ni selalunya dijadikan sebagai sarapan pagi dan dimakan bersama kuah kari ikan, kari ayam atau sambal bilis.  Bagi saya tak kiralah nak makan bersama apa yang penting anak-anak sukakannya.  Malah anak-anak saya makan dengan susu pekat atau makan begitu sahaja tanpa ada kuah apa-apa.  

Salah satu bahan pentingnya ialah kelapa parut. Kelapa parut tu tak perlulah cerewet sangat jika ada tercampur hitam-hitam kulit kelapa pun, malah ianya sedap. Blend sekejap sahaja untuk mengeluarkan santannya supaya kuih ada rasa-rasa lemak dan wangi santan kelapa tambahan pula supaya struktur kelapa tu terasa apabila dikunyah.  Gunakan kuali non-stick atau tak lekat minyak untuk memudahkan, jika tiada boleh jua gunakan kuali biasa tetapi kenalah oleskan kuali dengan sedikit minyak supaya kuih tak melekat kelak apabila dimasak.  Saya buat kuih lempeng yang tipis dan biarkan hangus-hangus sedikit barulah angkat.  Walau bagaimanapun ada jua orang buat yang tebal.  Terpulang pada selera masing-masing.

Oklah biarpun resepinya mudah, tapi tengok video akan lebih tambah bersemangat lagi untuk membuatnya kan? so jom tengok video yang saya sediakan sambil-sambil belajar bagi yang first time buat.

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan kelapa parut
  • 2 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan-Bahan Kuih Lempeng Kelapa / Pek nga, eda kitchen, ida nursuri, eda nursuri
Bahan-Bahan Kuih Lempeng Kelapa / Pek nga


Cara-Cara Menyediakan:

Vlog Cara Buat Lempeng Kelapa

1. Kelapa parut dikisar sekejap.

2. Selepas itu tuangkan ke dalam bekas. Campurkan tepung gandum, garam dan air. Gaul sehingga sebati.

3.  Apabila kuali telah panas, masukkan 2 senduk adunan ke dalam kuali.  Kemudian ratakan keseluruhan kuali jika nak kuih lempeng yang tipis.  Terbalikkan kuih lempeng apabila permukaannya telah kering/masak.  Setelah diterbalikkan, masak selama lebih kurang 3 ~ 5 minit barulah diangkat dan siap untuk dihidang panas-panas bersama kuah kari.

Selamat mencuba.