Cupcake Coklat Chip, Mini Cupcake Coklat, cupcake coklat gebu, muffin coklat , mini muffin coklat, coklat chip, eda kitchen, ida nursuri, eda nursuri
Cupcake Coklat Chip | Mini Cupcake Coklat

Cupcake Coklat Chip ni sebenarnya dah lama buat tapi baru perasan belum post rupanya. Mini cupcake yang comel ni memang feveret anak-anak. Suka buat size kecil ni nampak comel je. Senang nak makan, senang nak hidang jika ada tetamu yang datang berkunjung. Janji keknya kena adalah baru boleh hidang 😁. Lagipun, tempoh pembakaran mini cupcake ni tak lama. Nak jadikan niaga pun berbaloi dengan bahan-bahan yang mudah dapat kat kedai-kedai bakery. Kedai bakery pun sekarang dah banyak macam cendawan tumbuh lepas hujan pula 😂😂. 

Tips untuk memastikan kejadiannya yang gebu dan moist pastikan selepas mencampurkan bahan kering dan basah, kacau sekejap sahaja. Dan seboleh-bolehnya kacau menggunakan sudu, maksudnya tak perlulah menggunakan mixer.

Bahan-bahan:

🧁 1 3/4 cawan tepung gandum
🧁 1/4 cawan serbuk koko
🧁 1 cawan gula perang
🧁 1 sudu teh serbuk penaik
🧁 1/2 sudu teh soda bikarbonat
🧁 1/2 sudu teh garam
🧁 1 cawan fresh milk
🧁 1 biji telur A (pukul sikit)
🧁 1/3 cawan minyak @ butter yang dicairkan
🧁 1 sudu teh esen vanila
🧁 Choc chips secukupnya

Cara Membuatnya:

1. Campurkan tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Ayakkan dan ketepikan.

2. Dalam bekas lain, campurkan gula perang, susu, telur, esen vanila dan minyak. Kacau rata, kemudian masukkan campuran tepung tadi, kacau rata, masukkan 1/2 cawan choc chips.

3. Sudukan adunan ke dalam acuan cupcake ke paras 3/4 cawan dan tabur sedikit coklat chip diatasnya. Bakar pada suhu 170 api atas bawah, selama lebih kurang 20 ~ 25 minit. Itu pun mengikut suhu oven masing-masing.

------ Oven tu panaskan terlebih dahulu pada suhu 200 cc selama 10 minit, kemudian barulah turunkan kepada 170 cc masa nak bakar coklat chip.

Selamat mencuba 🧁🧁

#edakitchen  #cupcakecoklatchipmini