ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen, pancake, cara buat pancake comel
Pancake Dengan Madu

Dengan hanya menggunakan adunan 1 mangkuk sahaja kita sudah boleh menghasilkan lebih kurang 17 biji pancake yang comel dan gebu. Hidangan yang sangat sedap dan cepat ni sangat sesuai dihidangkan pada waktu pagi sebagai sarapan pagi. Hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk mencampurkan semua bahan dan 5 minit untuk satu set hidangan. Jadi sesuai sangatlah jika nak cepat.

Sapu sedikit dengan minyak sayuran, atau sembur dengan semburan pembakar tidak melekat atau jika ada kuali tidak melekat lebih baik.

Bahan-Bahan:
🥞 1 cawan + 2 sudu makan tepung gandum
🥞 1 sudu makan serbuk penaik
🥞 1 kotak susu fullcream (200 ml)
🥞 2 biji telur C
🥞 2 sudu makan gula
🥞 2 1/2 sudu makan minyak masak/jagung atau canola
🥞 1/2 sudu teh garam


ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen, bahan-bahan buat pancake
Bahan-bahan buat pancake


Cara Penyediaan:




1. Pukul telur, gula, garam, minyak dan susu fullcream hingga semua bahan larut dan sebati.

2. Kemudian ayakkan tepung gandum bersama serbuk penaik ke dalam susu tadi. Gaul sehingga sebati. Jika terdapat sedikit ketulan tepung tak apa.

3. Biarkan adunan berehat selama kira-kira 5 minit, sementara griddle atau kuali panas. Panaskan kepada 400 darjah dan kemudian rendahkan kepada 180 darjah jika sudah mula memasak....Ini suhu jika menggunakan dapur infrared. Jika menggunakan dapur gas, jika kuali sudah cukup panas, kecilkan api kepada suhu yang paling rendah kemudian barulah mula memasak.

4. Masukkan 1/8 cawan adunan ke atas permukaan panas. Balikkan penkek apabila gelembung telah timbul ke permukaan masak bahagian kedua sehingga perang keemasan.


Pancake with honey,ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen
Pancake

5. Hidangkan ketika masih panas bersama madu.

Selamat mencuba