Assalamualaikum ....

Alamdulillah hari ni sudah 10 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan    vv.... 12 April 2022.  Setelah sekian lama tahu cara masak inti kacang merah ni, barulah kali ni dapat ditulis blognya.  Sebenarnya tak susah pun nak buat inti kacang merah ni atau ada juga orang yang mamanggilnya dengan inti kacang hitam.  Nak mudah memang ada banyak berjual.  Tapi jika suka yang homemade, semestinya jimat berbaloi, tanpa pengawet dan kadar kemanisannya ikut citarasa sendiri boleh cuba resepi yang sangat mudah ni.  Boleh buat banyak untuk berniaga atau kalau untuk makan sendiri mesti nak guna sedikit sahaja kan, so boleh juga buat lebih dan bakinya simpan didalam peti sejuk, boleh tahan sehingga 3 bulan.  

ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen, cara buat inti kacang merah atau inti kacang hitam
Cara Buat Inti Kacang Merah

Pelbagai jenis kuih boleh dibuat dengan inti kacang hitam ni antaranya kuih pau goreng, kuih pau kukus, kuih bom bijan, roti bun inti kacang merah dan banyak lagi sebenarnya.  Kena rajin explore lah ye.

ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen, cara buat inti kacang hitam, inti kacang merah, inti kacang hitam, kuih pau inti kacang hitam
Inti Kacang Merah

Sedikit perkongsian iaitu dalam resepi ni kenapa saya letak gula putih dikisar bersama kacang merah tu.  Sebabnya ia akan mengurangkan penggunaan air kerana gula akan larut dan cair bersama-sama kacang merah tu so taklah berat sangat nak dikisar.  Kesannya ia akan cepat dimasak kelak kerana kandungan cairan didalam kacang merah kisar hanya sedikit.  Walau bagaimanapun setiap orang ada caranya sediri.  Jadi saya tak kata cara saya betul atau cara orang lain salah...peace no war ✌.

Bahan-Bahan:
📌 250 gram kacang merah
📌 30 gram gula melaka
📌 ½  cawan minyak masak
📌 ¼ cawan air
📌 ¼ sudu teh garam

Bahan-bahan buat inti kacang hitam, inti kacang merah, ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen
Cara Buat Inti Kacang Merah

Cara Penyediaan:

1.  Rendam kacang merah semalaman ( 1 malam).

kacang merah di rendam, ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen, inti kacang merah, inti kacang hitam, kuih pau
Kacang Merah

2.  Cuci dan tapis.  Selepas itu masak sehingga lembut.  Selepas sudah lembut, sejukkan.

3.  Kemudian masukkan ke dalam mesin pengisar.  Masukkan juga gula dan air.  Kisar sehingga tiada ketulan kacang.  

4.  Kemudian tuang kedalam kuali, masukkan bersama garam, minyak dan gula melaka.  Gaul sehingga semua bahan larut.  Jangan berhenti menggaulnya supaya tidak hangus dibahagian bawah.  Terus gaul sehingga kacang merah menjadi kental dan warnanya sedikit gelap.

5.  Matikan api, kemudian sejukkan.  Boleh terus digunakan atau simpan didalam peti sejuk.

Jom tengok video......


Selamat mencuba 💪💪💪