ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen, agar-agar lumut, agar-agar santan pandan
Agar-Agar Santan Pandan / Agar-Agar Lumut

Hari ni saya nak kongsikan cara-cara membuat agar-agar santan perisa pandan atau ada juga orang panggil agar-agar lumut.  Pencuci mulut yang selalu menjadi buruan terutamanya dikala bulan Ramadhan.  Mana taknya sangat sedap dan senang nak buatnya. Tempoh membuatnya pula tidak mengambil masa yang lama. Kalau tiada agar-agar tali, boleh je gunakan agar-agar serbuk yang dalam peket 10 gram.

ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen, agar-agar lumut, agar-agar santan pandan
Agar-Agar Santan Pandan / Agar-Agar Lumut

 Agar-agar tali ni saya dah sedia potong-potong.  jika nak agar-agar tu cepat larut boleh rendam dulu ye, tapi saya lebih suka jika masuk terus bersama-bahan lain.  Manakala gula pula, jika nak lebih manis gunakan 1 cawan gula.

Bahan-Bahan:
📌 20gram agar-agar tali
📌 5 helai daun pandan + kisar dengan 1 cawan air
📌 4 cawan air
📌 1 kotak kecil santan (200ml)
📌 1 biji telur
📌 3/4 cawan gula
📌 Pewarna hijau

ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen, agar-agar lumut, agar-agar santan pandan, bahan-bahan agar-agar lumut


Cara Penyediaan:

Langkah 1:

1  Kerat kecil daun pandan dalam 4 ke 5 helai.  tujuannya adalah supaya mudah ketika dikisar nanti. 

2.  Kemudian kisar dengan 1 cawan air.  Kisar jangan lama, kerana airnya akan terasa kelat jika lama.

3.  Selepas itu, tapis.  Kemudian campurkan dengan sedikit pewarna hijau dan gaul sebati.


Langkah 2:

1.  Campurkan sekotak santan dengan sebiji telur.  Gaul sebati.


Langkah 3:

1.  Tuang 4 cawan air kedalam periuk.  kemudian masukkan air daun pandan, 20 gram agar-agar tali dan gula.  

2.  Masak sehingga semua bahan sudah larut dan ia mendidih.

3.  Setelah mendidih, masukkan santan tadi.  Terus gaul  tanpa henti selama lebih kurang 2 ke 3 minit, kemudian matikan api dan tuang agar-agar ke dalam loyang.  Tanggalkan jika ada sedikit buih / gelembung dipermukaan agar-agar.  Saya gunakan loyang bersaiz 8x8 inci.

4.  Biarkan lebih kurang 2 jam disuhu bilik, selepas itu masukan ke dalam peti sejuk.  Selepas 2 jam lagi bolehlah hidang. 

Selamat mencuba