Biskut kering atau nama Inggerisnya Cracker Biscuit ni biasanya kita makan begitu sahaja, celup kedalam air kopi atau teh pun sedap, jadi jika dirumah korang ada banyak sangat biskut cracker, sampai dah tak tau nak buat apa boleh cuba resepi ni sangat mudah dan sedap pula tu.
Sekali imbas macam kuih lapis kan. Ha nilah biskut cracker yang diolah menjadi puding tapi bagi saya lebih kepada kuih lapis kot. Bezanya ia tak menggunakan sebarang tepung dan gula. Pun lapisannya boleh dipisah-pisahkan tau. Penggunaan bahan pun taklah cerewet sangat contohnya, jika dirumah hanya ada telur gred A/B maka gunalah 4 biji telur sahaja. Jika taknak guna air panas, boleh rendam guna air biasa, cuma tempoh merendam tu akan ambil masa lama sedikit berbanding air panas. Pewarna makanan pula, terpulanglah pada pandangan mata korang nak guna warna apa.
½ cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
Air panas secukupnya
0 Comments