Biskut Mazola, biskut kacang tanah ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen
Biskut Mazola

Ramai orang terkeliru dengan minyak mazola dan minyak jagung.  Sehinggakan ada yang cakap....

Boleh je buat biskut kacang tanah ni tanpa minyak mazola

"kalau tak ada minyak mazola, guna je minyak jagung"

Oklah, kakak-kakak, ibu-ibu, jangan keliru ye sebenarnya minyak mazola adalah minyak jagung.  Perkataan "Mazola" adalah satu jenama pengeluar minyak jagung. So ramai la orang mula membuat "biskut Mazola" melekatlah nama mazola disitu, walhal sebenarnya adalah minyak jagung berjenama Mazola....jadilah Biskut Mazola. Macam kalini saya guna minyak jagung jenama Daisy, tapi sebenarnya nak gunakan minyak jagung jenama apa pun boleh je.  Cuma mungkin nak cari rasa yang lebih sedap tu ada resepi yang gunakan butter, minyak sapi dan sebagainya.

minyak jagung, minyak mazola, ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen
Minyak Jagung

Berbalik kepada proses pembuatan kuih ni, kacang tanah disangai kemudian dikisar tanpa buang kulit bertujuan supaya memberikan rasa yang lebih sedap dan wangi daripada kulit kacang tanah tu sendiri, jadi tak perlulah nak gunakan esen vanilla bagai.  Dalam resepi ni juga saya menambah sedikit tepung jagung supaya tekstur kuih tu sedikit rapuh.  Sedia maklum yang minyak tak ada perisa garam ye 😂, jadi kita tambahlah sedikit garam untuk memberikan sedikit asin kepada biskut kita kerana biasanya biskut dibuat dengan menggunakan salted butter memang tak perlu tambah garam pun.  Oppss...ok tips last, gula tu saya gunakan gula pasir kemudian kisar halus sahaja sebab gula kastor atau gula aising ada mahal sikitlah...jadi jimatlah sedikit kan.  

Pelbagai bentuk biskut Mazola yang kita jumpa jadi boleh je sama ada bentuk hanya bulat-bulatkan menggunakan tangan, pakai sudu atau canai setebal 1 inci kemudian terap menggunakan acuan kesukaan.  Terpulanglah kepada kalian sama ada nak guna kertas minyak atau tak semasa membakarnya sebab biskut ni sedikit berminyak jadi sudah pasti tak melekat.  Tapi saya lebih suka menggunakan kertas minyak supaya tak ada kotor-kotar ketika membakarnya.  

Sekarang jom tengok resepi kalau dah habis baca.  Rugi tau tak baca sebab tips saya tulis kat atas tu 👆.

Bahan-Bahan:
  • 2 cawan kacang tanah (disangai)
  • 2½ tepung gandum (diayak)
  • ½ cawan gula halus
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Secubit garam
  • ¾ ~ 1 cawan minyak jagung

Cara penyediaannya:

vLog Cara Penyediaan Biskut Kacang Mazola

  1. Kisar kacang tanah yang disangai dan sudah disejukkan.  
  2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, gula halus, garam dan kacang tanah kisar kedalam bekas.  Gaul sehingga sebati.
  3. Selepas itu, masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil menguli tepung.  Gaul dengan menggunakan jari sehingga mendapat adunan yang lembut, boleh dibentuk dan adunan tak lekat ditangan dah.
  4. Bentukkan biskut menggunakan sudu kecil atau apa-apa yang sesuai.  Letakkan separuh kacang tanah yang telah disangai dan tanpa kulit.  Kemudian sapukan dengan kuning telur yang telah digaul dengan sedikit pewarna kuning.
  5. Bakar pada suhu 170°C selama lebih kurang 20 minit atau sehingga kekuningan.
Selamat mencuba