Assalamualaikum hai semua...
Nama kuih ni "Tumpi" atau juga dikenali dengan Tompek. Setiap kali balik Labuan selalu ada dihidangkan tumpi. Oleh kerana suami orang Labuan, so saban tahun kami akan balik Labuan sekurang-kurangnya setahun sekali.....rugilah kalau tak gunakan waran tiket kapal terbang untuk mengunjungi wilayah asal yang kerajaan sudah peruntukkan untuk penjawat awam kan.
Oleh kerana anak-anak dan suami suka makan tumpi so saya pun belajarlah membuatnya daripada saudara suami sendiri iaitu Kak Jinun. Tumpi yang Kak Jinun hasilkan memang sangat terkenal di kalangan keluarga yang ada di Labuan. Jadinya resepi ni sebenarnya 100% saya ambil iaitu saya lihat sendiri ketika beliau mencampur bahan, menguli, mencanai dan menggoreng kuih tumpi ni pada sekitar tahun 2018 iaitu ketika beliau masih ada, Al-Fatihah buat Arwah Kak Jinun. Cuma mungkin teknik yang saya buat tak samalah, rasa tu ada sama sikitlah dan yang paling penting aura tu memang tak boleh sama dengan tuan punya resepi. Ahhhh....rasa masuk habuk pula mata ni 😢😢.
Oklah berbalik kepada cerita tumpi tadi, sekali imbas tumpi nampak macam roti canai, nak kata macam roti arab pun ya jugak, tapi cara membuatnya tak sama, rasa dan teksturnya pun berbeza. Tumpi ni sejenis roti garing yang dimakan dengan kuah sambal atau kuah kari, kalau budak-budak pula suka makan dengan susu pekat manis. Bersama-sama dengan tumpi ni saya ada buat Cara masak sambal sardin hancur. Kalau orang yang pandai buat, tumpi ni ada sedikit rangup. Bila makan krup krap krup krap bunyinya. Oklah jom tengok resepinya.
Bahan-Bahan:
- 4 cawan tepung gandum
- 1¼ cawan air
- 3 sudu makan planta
- ⅓ cawan minyak masak
- Minyak masak untuk menggoreng
Cara Penyediaan:
- Didalam bekas, gaul tepung bersama mentega.
- Masukkan minyak masak, gaul sebati sehingga seperti serbuk roti.
- Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli tepung. Uli tepung sehingga menjadi doh yang lembut.
- Bahagikan doh dan bulat-bulatkan.
- Canai sebiji demi sebiji doh sambil menggorengnya.
- Goreng dengan api yang sederhana. Siap untuk dihidang panas-panas sambil dicicah dengan sambal sardin hancur.
Jom tengok macam mana saya buat Tumpi....
Selamat mencuba @IdaNursuri
0 Comments