Video Cara Buat Biskut Buah Kana
Bahan-bahan
1. Pukul butter, gula, telur dan esen vanilla. Pukul sekejap, tak perlu sampai kembang.
2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung. Pukul lagi sehingga jadi doh.
3. Sapukan sedikit tepung gandum diacuan supaya senang nak keluarkan bentuk biskut buah kana nanti. Padatkan / tekan-tekan doh dan kemudian ketuk-ketukkan.
4. Bakar pada suhu 170 selama lebih kurang 20~25 minit atau sehingga masak.
5. Keluarkan dari oven dan biarkan biskut sejuk sebelum nak sapu inti.
- 250gm salted butter /1 ketul
- 3/4 cawan gula aising
- 2 cawan tepung gandum (tambah jika doh masih lembik)
- 1 cawan tepung kastard
- 1 cawan tepung jagung
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- Jem strawberi
Cara Penyediaan
1. Pukul butter, gula, telur dan esen vanilla. Pukul sekejap, tak perlu sampai kembang.
2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung. Pukul lagi sehingga jadi doh.
3. Sapukan sedikit tepung gandum diacuan supaya senang nak keluarkan bentuk biskut buah kana nanti. Padatkan / tekan-tekan doh dan kemudian ketuk-ketukkan.
4. Bakar pada suhu 170 selama lebih kurang 20~25 minit atau sehingga masak.
5. Keluarkan dari oven dan biarkan biskut sejuk sebelum nak sapu inti.
Penyediaan inti jem strawberi
Masak jem strawberi. Gunakan api sederhana panas.
Gaul seketika sehingga larut dan sedikit berbuih. Matikan api dan sejukkan. Bila dah sejuk tu, jem akan sedikit pekat. Ok dah boleh guna.
Selamat mencuba
0 Comments