kuih ketayap inti kelapa dengan daun pandan,  ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen
Kuih Ketayap

Kuih ketayap adalah kuih tradisional yang popular bukan sahaja di Malaysia malah juga menjadi kuih kegemaran rakyat Indonesia. Selain Ketayap, kuih ini juga dipanggil dengan Dadar Lenggang atau Kuih Dadar. Rasanya nama kuih ni banyak dipengaruhi oleh cara pembuatannya kot iaitu dilenggang didalam kuali leper.  

Penggunaan perwarna tu sebenarnya tidaklah wajib, hanya saya menambahkannya supaya warnanya lebih lebih menyerlah, sedap mata memandang dan menyelerakan. Lagi satu, jika tak ada mesin blender, boleh je kacau sebati menggunakan whisk dan kemudian tapis supaya tiada ketulan.

Ok, rasanya cukup dah info pentng jadilah marilah kita tengok resepinya.

1.  Bahan untuk inti:
  • ½ biji kelapa parut (lebih kurang 150gm)
  • 1 cawan gula merah
  • 2-3 helai daun pandan
  • ½ cawan air panas

2.  Bahan untuk kulit:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan sederhana cair (anggaran dari ½ biji kelapa)
  • 2 sudu makan minyak
  • 1 cawan air pandan (kisar daripada 4-5 helai daun pandan)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna hijau (optional)


Cara Penyediaan:

vLog cara buat kuih Ketayap

Cara-cara membuat inti kelapa:

1.  Masak /larutkan gula merah terlebih dahulu. Tambah sedikit air panas. Gaul sehingga gula betul-betul larut barulah masukkan daun pandan.

2.  Masukkan kelapa parut, kacau sehingga sebati.

3.  Masak di atas api yang perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.


Cara-cara membuat kulit dadar:

1.  Kisar ½ biji kelapa parut bersama dengan anggaran 2 cawan air.  Kemudian tapis. Kalau ragu-ragu, sukat semula hasil santan tu supaya menjadi 2 cawan santan.

2.  Masukkan semua bahan ke dalam mesin blender (santan, air pandan, tepung gandum, telur, garam dan pewarna hijau).  Kisar sehingga halus.  Jika ragu ada ketulan tepung, ada baiknya jika bancuhan tepung ditapis.  Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.

3.  Seterusnya panaskan kuali yang di griskan dengan sedikit minyak.  Jika menggunakan kuali nonstick, tak oles minyak pun tiada masalah. 

4.  Sekarang tuang satu senduk atau lebih bancuhan tepung kedalam kuali dan ratakan dengan mendadarkannya atau melenggang-lenggangkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat.  Anggran 3-4 minit di atas kuali.

5.  Angkat dan bubuh 1 sudu inti kelapa tadi kemudian gulung dengan kemas.

Selamat mencuba

#edakitchen
#kuihketayap