Puding Kastard Jagung
Puding Kastard Jagung

Puding kastard jagung yang manis dan lemak berkrim sangat sesuai dijadikan pencuci mulut.  Resepi yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan.  Biasanya kalau bercadang hendak sediakan puding kastard jagung sebagai potluck esok petang, malam ni saya dah buat dan simpan didalam peti sejuk.  Jadi tak perlu terkejar-kejar masa hendak menyediakannya....boleh jer buat awal.  Penyediaan pula boleh buat dalam tray dan potong-potong sebelum hidangkan atau boleh je masukkan siap-siap dalam bekas kecil dan sejukkkan sebelum dihidangkan.

Puding Kastard Jagung
Puding Kastard Jagung

Dalam resepi ni saya menggunakan santan daripada 1/2 biji kelapa parut dan diperah santannya.  Caranya kisar kelapa tu dengan 4 cawan air selama beberapa minit kemudian tapis.  Selepas tu, sukat airnya supaya mendapat 4 cawan.  Kalau kurang tambah air dan cukupkan 4 cawan.

Bahan-Bahan:
  • 4 cawan santan
  • 1 tin jangung berkrim
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu makan susu pekat
  • Sedikit garam
Bahan-Bahan Puding Kastard Jagung
Bahan-Bahan Puding Kastard Jagung


Cara Penyediaan:

1.  Masukkan santan, gula, tepung kastard, garam, susu pekat dan jagung berkrim ke dalam periuk.  gaul sebati

2.  Hidupkan api dan gaul.  Sentiasa gaul secara perlahan tanpa henti dengan menggunakan api sederhana.  Peringatan jangan tinggalkan tanpa digaul kerana bahagian bawah periuk akan cepat berkerak ketika proses pemekatan.  Berhenti menggaul dan matikan api ketika puding sudah pekat, warna bertukar kepada kuning pekat/tua dan kelihatan ada bebola kecil merecik-recik. 

3.  Tuang puding jagung ke dalam acuan/tray atau bekas yang mengikut citarasa korang.  Ada juga yang terus menuangnya ke dalam bekas kecil-kecil supaya mudah untuk dihidangkan.  Selepas itu, biarkan sejuk lebih kurang 1 jam  sebelum memasukkanya ke dalam peti ais.

Jom layan......

Puding Kastard Jagug


Siap untuk dihidang dan selamat mencuba