Biskut Coklat Chip, cookies,coklat chip,chocolate chips,biskut,biskut famous amos,coklat cookies,biskut untuk anak-anak,biskut hari raya,biskut raya,biskut raya 2023,biskut coklat chip rangup,cara buat biskut coklat chip sukatan cawan,biskut sukatan cawan,resepi biskut coklat chip,resepi biskut mudah,resepi coklat chip sukatan gram, ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen
Biskut Coklat Chip

Biskut coklat chip ni sekali buat untuk 1 adunan ni memang banyak jadinya.  Bentuk coklat chip kecil-kecil molek memang menarik, anak-anak pula memang sekali ngaplah. Saya suka buat sebab memang tak kan membazir dek anak-anak, kalau tak habis pun boleh simpan dalam balang kedap udara.  Buat untuk biskut raya memang laku dan antara biskut yang akan habis awal.

ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen, cookies,coklat chip,chocolate chips,biskut,biskut famous amos,coklat cookies,biskut untuk anak-anak,biskut hari raya,biskut raya,biskut raya 2023,biskut coklat chip rangup,cara buat biskut coklat chip sukatan cawan,biskut sukatan cawan,resepi biskut coklat chip,resepi biskut mudah,resepi coklat chip sukatan gram, Biskut Coklat Chip dalam balang kaca, biskut hari raya, cookies untuk anak-anak
Biskut Coklat Chip

Cara membentuknya terpulanglah pada korang, ada yang suka hanya gunakan sudu sahaja, kejadiannya selepas dibakar bentuk kurang cantiklah.  Sebab tu saya lebih suka ambil sedikit gunakan tangan, bulat-bulatkan dan leperkan sedikit di atas tapak tangan kemudian letak dalam tray pembakar.   Ambil sedikit sahaja tau sebab biskut ni akan mengembang sedikt setelah dibakar.

Tray pembakar tu saya suka letakkan baking paper supaya tray tak ada krispy biskut lepas dibakar sebab biskut ni rangup.  Tak gunakan baking paper pun tiada masalah, ia takkan melekat jika masaknya elok.  Lagi pula dalam adunan ada mentega yang buatnya sedikit berminyak.  So jangan risau jika tak oles tray dengan mentega.

Bahan-Bahan:
  • 125gram mentega
  • 1 cawan chip coklat / 175gram
  • ½ cawan badam hancur / 50gram
  • 1 ¾ cawan tepung gandum / 192gram
  • 2 sudu makan tepung jagung / 15gram
  • ½ cawan gula perang / 90gram
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji telur
Bahan-bahan Biskut Coklat Chip,cookies,coklat chip,chocolate chips,biskut,biskut famous amos,coklat cookies,biskut untuk anak-anak,biskut hari raya,biskut raya,biskut raya 2023,biskut coklat chip rangup,cara buat biskut coklat chip sukatan cawan,biskut sukatan cawan,resepi biskut coklat chip,resepi biskut mudah,resepi coklat chip sukatan gram,  ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen
Bahan-bahan Biskut Coklat Chip

Cara Penyediaan :

1. Masukkan mentega dan gula perang ke dalam mangkuk. Gaul hingga lembut.

2. Masukkan esen vanilla dan telur.   Gaul.

3. Kemudian masukkan soda bikarbonat, tepung jagung dan tepung gandum.   Gaul.

4. Terakhir masukkan badam hancur dan chip coklat.   Gaul sebati semua bahan.

5. Panaskan ketuhar pada 170
°C (sebelum bakar biskut, ketuhar kena panas terlebih dahulu)

5. Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat-bulat kemudian leperkan sedikit diatas tapak tangan dan letak terus di tray pembakar.  Buat sehingga habis. Bila dah penuh 1 tray, masukkan kedalam ketuhar yang telah dipanaskan tadi. Bakar pada suhu 170
°C selama 15 – 20 minit.

6. Bila sudah masak sejukkan, barulah masukkan kedalam bekas kedap udara atau terus hidangkan.

Jom layan.......

Chocolate Chip Cookies

Selamat mencuba