Sayur Campur, kobis, bunga kobis, cauliflower, kacang panjang, lobak, carrot,  ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen
Sayur Campur

Bukan namanya sayur campur kalau didalamnya tidak bercampur-campur.  Betul tak? Tapi bukan semua sayur boleh atau sesuai dicampur terutamanya sayur daun.  Walau pun begitu saya ada buat juga sayur daun campur yang saya namakan sup sayur.

Kalau sayur campur yang ni memang anak-anak saya laju je makan.  Nak ratah / makan tanpa nasi atau lauk lain pun sedap juga.  Senang je masak sayur campur ni basic dia mesti ada kiub ayam.  Manakala portion atau berapa banyak sayurnya tu terpulanglah pada selera korang nak lebihkan bunga kobis pun boleh cara potong pula saya suka potong yang macam dalam gambar tu. Dalam resepi ni saya tak bubuh garam dan msg kerana dalam portion kecil ni dah memadai gunakan kiub ayam je.

Bahan-bahan

  • 2 biji bawang putih - dicincang
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 5 kacang panjang
  • ½ biji bunga kobis
  • ½ batang lobak besar
  • ½ cawan air
  • ½ sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 ketul kiub ayam


Cara Memasaknya:

1.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau bawang putih tu.

2.  Kemudian masukkan ½ cawan air, kiub ayam dan sos tiram.  Gaul hingga kiub ayam larut.

3.  Lepas dah larut, masukkan semua sayuran lobak, bunga kobis dan kacang panjang.  Gaul sehingga masak.  Saya masak tak lama, biar dia ada rangup-rangup sedikit. 

4.  Terakhir taburkan serbuk lada hitam.  Gaul sehingga rata barulah matikan api dan hidang.

Selamat mencuba