Ketam Nipah Masak Kam Heong , ketam kaluk, ketam bakau,  ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen
Ketam Nipah Masak Kam Heong 

Macam manalah nak tahu ketam nipah yang kita beli ni ok ke tak?Penting untuk korang baca dulu tips yang telah saya tulis ni jika bercadang hendak menyediakan juadah ketam nipah di laman Info/Tips.  Ini kerana ketam nipah ni tidak sama dengan ketam bunga/ketam surih. 

Ketam Nipah Masak Kam Heong , ketam kaluk, ketam bakau,  ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen
Ketam Nipah Masak Kam Heong 

Berminggu dah teringin makan ketam nipah tapi hari ni jualah baru tercapai hajat...Alhamdulillah.  Yang specialnya, encil asben yang masak ketam nipah ni dengan resepi Ketam Nipah Masak Kam Heong.

Bahan-bahan:
  • 4 ekor ketam nipah 
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya

Bahan kisar:
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan tumbuk:
  • 1 genggam udang kering (cuci dahulu barulah tumbuk)

Bahan tumis lain:
  • 2 tangkai daun kari
  • Cili kering – digunting
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan (tambah sedikit air untuk jadikan pes)
  • Kicap manis (ikut suka nak hitam macam mana)
  • Garam, ajinomoto dan gula
  • Sedikit air
  • Minyak masak secukupnya

Cara penyediaan:

1.  Bersihkan ketam nipah dan potong 2.  Kemudian lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit.

2.  Panaskan minyak masak.  Goreng ketam hingga masak.  Angkat dan ketepikan.

3. Seterusnya tumis bahan kisar hingga naik bau. (gunakan minyak gorengan ketam tadi, kurangkan minyak jika banyak)

4. Bila sudah ditumis elok, masukkan daun kari, cili kering yang digunting, pes kari dan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.

5. Kemudian masukkan kicap, garam dan ajinomoto/gula ikut selera masing-masing.

6. Tambah sedikit air dan masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul beberapa minit hingga ketam betul-betul masak, kuahnya agak kepekatan dan rencahnya bersalut rata pada ketam.  

7. Jangan lupa untuk rasa dan tambah perasa yang tidak cukup dan menggaulnya semula.  Matikan api dan 
Ketam Nipah Masak Kam Heong sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba