Terung Pipit Masak Dengan Sambal Ikan Bilis,  ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen
Terung Pipit Masak Dengan Sambal Ikan Bilis

Bila sebut sahaja terung pipit, mungkin ada antara kita yang tak kenal pun rupanya apalagi rupa pokoknya.   Biasanya kalau di kampung atau kawasan perkebunan memang selalu pokok terung pipit ni tumbuh merata.

Terung pipit  ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen
Terung Pipit 

Rasa sambal terung pipit ni ada rasa sedikit pahit, jangan risau kerana terung pipit sebenarnya memang agak sedikit pahit sebab tulah ianya biasa dijadikan ulam dan bercicah sambal belacan.  Jika nak buat ulam tu, sama ada korang buat ulam mentah atau celur terlebih dahulu.  Tapi ia sedikit keras jika nak buat ulam mentah, jadi lebih baik celur sekejap.

Terung Pipit Masak Dengan Sambal Ikan Bilis,  ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen
Terung Pipit Masak Dengan Sambal Ikan Bilis

Selain itu, ada juga pernah terbaca pasal khasiat terung pipit ni iaitu jus atau air rebusan buahnya digunakan untuk merawat demam, selesema dan masalah pencernaan.  Akar terung pipit pula digunakan untuk mengubati masalah tumit atau kulit kaki pecah.  Betulke? entahlah tak cuba maka tak tahu emmm.

Bahan-bahan:

  • 1 genggam ikan bilis - cuci bersih
  • 1 1/2 cawan terung pipit - dibuang tangkai dan bersihkan
  • 1/2 biji bawang holland - hiris nipis
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 7 sudu makan cili kisar
  • Garam dan gula
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis


Bahan untuk kisar halus:

  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang holland


Cara Penyediaan:

1.  Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau wangi. Kemudian masukkan bawang holland dan cili kisar. Gaul hingga pecah minyak.

2.  Bila sudah pecah minyak tuang 1/2 cawan air, ikan bilis dan terung pipit. Masak lebih kurang 5 minit sambil menggaulnya.

3.  Bila sambal sudah agak mengering, masukkan air asam jawa, gula dan garam. Gaul hingga sebati.  Rasa terlebih dahulu, jika masih kurang garam dan gula, boleh tambah ketika ni.  Kemudian boleh matikan api.  Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba