Pisang abu masak lemak cili padi |
Sayur orang lama pisang muda yang dimasak lemak dimakan bersama dengan ikan goreng selayang memang membuka selera.
Pisang abu/pisang nipah |
Biasanya jenis pisang yang saya gunakan ialah pisang abu, pisang nipah dan pisang saba. Tetapi ada juga orang gunakan pisang emas atau pisang kapas. Ada juga mitos mengatakan bahawa sayur pisang ni tidak digalakkan untuk ibu yang menyusukan anak kertana takut ibu akan kekurangan air susu badan. Betul ker? Entah.....
Cara saya masak pisang muda ni mungkin berbeza dari orang lain tetapi ini cara yang biasa arwah mak masak dengan membuka habis kulitnya lalu dihiris dan cuci bersih. Didalam masak lemak ni saya campur dengan udang kering tumbuk. Terpulang pada korang nak campur apa dalam sayur masak lemak tu yang penting ada kat dapur. Biasanya orang akan campur ikan kering/masin, tempoyak dan ikan bilis. Santan tu pula, ikut koranglah apa yang ada didapur, jika nak gunakan santan kotak pun tiada masalah. Kalau korang suka resepi ni boleh cuba buat.
- 2 sisir pisang abu
- 3 sudu makan udang kering - rendam dan tumbuk
- 1 asam keping
- 1 cawan santan pekat (kisaran pertama)
- 2 cawan santan cair (kisaran kedua)
- Serbuk kunyit
- Garam dan msg
- Air secukupnya
- 5 biji cili padi
- 3 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
0 Comments