Rebung Masak Lemak Cili Api campur dengan udang kering, udang segar,,  ida nursuri, eda  nursuri, eda kitchen
Rebung Masak Lemak Cili Api

Tentunya ramai yang nak cuba masak rebung buluh ni kan? Ikut je langkah-langkahnya dan jangan lupa terdapat juga tips penting Ketika teringin menyediakan juadah rebung masak lemak cilia api ni supaya ianya tidak pahit. Bukan apa sebab saya pernah terjumpa seorang kawan ni, dia pun berceritalah berkaitan rebung….katanya ia tak mahu makan rebung buluh lagi sebab rasanya pahit. Adooiii….saya tersenyum ja, memanglah rebung buluh tu rasa pahit kalau dimasak seperti bunga betik, tetapi kenalah tahu cara mengurangkan rasa pahitnya supaya pahitnya berkurang dan sedap ditekak.

Dalam penulisan saya terdahulu iaitu Hai jom bercerita pasal Rebung Buluh yang mengandungi bagaimana mengolah rebung dari pokoknya dan juga terdapat tips masak rebung supaya tidak pahit bila dimakan,

Bahan-Bahan:

  • 7 batang rebung
  • 1 genggam udang kering – rendam dan tumbuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 cawan pati santan
  • 2 cawan santan cair
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Bahan yang dikisar
  • 10 biji cili padi
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawnag putih

Cara Memasaknya:

Cara Mengolah Rebung pelbagai tips dan cara mengolah rebung, cara masak rebung supaya tidak pahit
Cara Mengolah Rebung

1. Hiris tipis rebung kemudian rebus sehingga empuk. Bubuh 1 sudu teh garam Ketika proses merebus rebung. Selepas itu toskan.

2. Masukkan ke dalam periuk bahan kisar (bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi), santan cair, serai dan udang kering. Hidupkan api dan masak sehingga mendidih dengan api sederhana.

3. Bila sudah mendidih masukkan asam gelugor, garam, msg dan rebung yang telah ditoskan tadi. Gaul seketika kemudian masukkan santan pekat. Sentiasa gaul supaya santan tidak pecah (berbuih).

4. Masak lebih kurang 5 minit atau sehingga rasa masak lemak sudah sesuai ditekak. Pastikan juga rasa garam dan msgnya sudah sesuai. Matikan api dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba