Bunga Betik Tumis Belacan Tidak Pahit
Bunga Betik Tumis Belacan

Bunga Betik antara sayur yang jarang ditemui dan mungkin tak ramai yang suka makan. Kalau tak kena cara masaknya rasa pahitnya boleh jadi igauan kepada sesiapa yang pernah memakannya. Walau bagaimanapun disini ida nak kongsikan petua atau cara untuk menghilangkan pahitnya jadi bolehlah kita makan sayur ni tanpa ragu lagipun ianya baik untuk kesihatan.

Bahan-bahan:
  • 500gm bunga Betik
  • Garam
  • Serbuk perasa/msg
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan tumbuk/kisar:
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi
  • 1/3 belacan

Cara Penyediaan:

1.  Leraikan bunga betik daripada tangkainya.  Kemudian rebus sehingga bertukar warna atau layu.

2.  Sesudah masak, keluarkan dari kuali/periuk rebusan terus masukkan ke dalam air sejuk.  Biar sejuk seketika.

3.  Sesudah sejuk, ramas dan perah untuk menghilangkan pahitnya.

4.  Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk/kisar hingga naik wangi.

5.  Kemudian masukkan bunga betik.  Gaul hingga sebati bersama bahan tumis.

6.  Tambahkan garam dan bahan perasa/msg.  Gaul.  Garam tak perlu banyak kerana belacan sudah masin.  Tambah air jika perlu.

7.  Tumis hingga masak kemudian bolehlah hidang. 

selamat mencuba