Kerisik |  Cara Buat Kerisik Kelapa Wangi
 Cara Buat Kerisik Kelapa Wangi

Sebut je kerisik, auto terbayang rendang.  Betul tak?  Ramai orang tahu bila nak masak rendang wajib ada kerisik.  Tak kira rendang ayam atau daging, wajib ada kerisik.  Tapi ada satu resepi yang tak kurang sedapnya menggunakan kerisik iaitu Air Asam Kerisik.  Ada masa kita buat sebab tak pernah buat lagi.  

Eh...cerita pasal kerisik ni, baru tau ada pula kedai makan bernama Kerisik Restaurant di Cenang, Langkawi.  Dah lama rasanya kedai makan tu saya je yang baru tahu 😆.  

Oklah, tidak dinafikan banyak je kerisik yang ada dijual dipasaran.  Tapi jika ada masa rasanya lebih baik mencuba buat kerisik sendiri sebab ianya sudah tentu fresh dan tidak berbau hapak.   Cara pembuatannya pun sangat mudah dengan hanya 1 bahan sahaja iaitu kelapa parut.

1 biji kelapa parut dengan anggaran berat 400gram.  

Sangai iaitu goreng tanpa minyak.  Gunakan api yang sederhana sahaja.  Jika engkau nak beranikan diri menggunakan api yang besar, silakan kerana kelapa engkau akan berpotensi cepat hangus.  Proses sangai kelapa ni memang akan mengambil masa lama sedikit sebab ia gunakan api yang sederhana sahaja.  So kena bersabar dan bertahan 😉.  Seboleh-bolehnya gunakan kuali bulat (wok) untuk menyangai supaya senang nak gaul.  Saya je yang berani gunakan kuali rata (pan) untuk buat kerisik ni 😅

Sepanjang proses meyangai ni, tidak boleh berhenti daripada menggaulnya.  Ini kerana takut dibahagian bawah kuali akan hangus jika tak selalu gaul.  Gaul sehingga kelapa bertukar warna kepada warna keperangan dan kelapa sudah kering dan ringan jika diangkat.

Sesudah siap disangai, biarkan sejuk sebentar.  Selepas itu kisar.....sebenarnya kisar ni cara moden.  Orang dulu-dulu menggunakan lesung.  Tumbuk atau kisar kelapa tersebut sehingga mengeluarkan minyak dan telah halus.  Kisar menggunakan mesin kisar kering.  Jangan engkau kisar menggunakan mesin kisar basah pula.  Pernah terlihat perkongsian orang lain yang dia kisar kemudian campur dengan minyak.  Pendapat saya, jika engkau tambah minyak dalam kelapa tu kemudian kisar, rasa dan bau dia dah berubah sebab dah ditambah minyak sawit.

Selepas dikisar, struktur dia akan kelihatan halus, kelihatan lembik dan berminyak sedikt. 


Ok selamat mencuba.