Bagi yang tak tahu mungkin ada yang hairan dengan cucur durian, sebab kalau cucur atau cekodok pisang, cempedak goreng, tak pun nangka goreng memang dah biasa kita dengar. Nak dijadikan cerita masa musim durian ni rugi rasanya kalau tak buat cucur durian atau ada yang panggil cekodok durian tak pun jemput-jemput durian. Tak kisahlah pangil nama apa atau nak guna durian apa, rasanya tetap sama tetap rasa durian 😂. Cuma mungkin ia dibezakan oleh harga, isi, saiz biji, rasa yang lunak dan sebagainya.
Cucur Durian |
Satu lagi resepi ni memang saya tak letak gula banyak kerana isi durian dah cukup manis. Tak ada masalah kalau suka manis boleh jer tambah gula lebih.
Bahan-Bahan:
- 1 cawan isi durian (dibuang biji)
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ½ suduh teh soda bikarbonat
- ½ sudu teh garam
- 3/4 cawan air
- Minyak masak
vLog resipi cara buat cucur durian @ cekodok durian
Cara Menyediakan:
1. Didalam mangkuk campurkan isi durian, tepung gandum, gula, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Gaul.
2. Kemudian campur dengan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi 1 adunan. Adunan mestilah tidak cair dan tidak pekat. Biarkan adunan lebih kurang 10 minit barulah mula menggorengnya.
3. Menggoreng....bila minyak sudah cukup panas, turunkan sedikit suhunya/apinya barulah mula menggoreng.
4. Caranya.... ambil sedikit adunan dan sudukan ke dalam minyak atau pun guna cara orang lama iaitu dengan cara menjemputkannya menggunakan tangan ke dalam kuali.
5. Goreng sehingga kuning keemasan.
Selamat mencuba....
0 Comments