Serawa / Pengat Durian sangat mudah tanpa daun pandan dimakan bersama roti, roti paung, nasi pulut dan roti jala.  Serawa durian atau dipanggil pengat durian, juga dipanggil bubur durian dan manisan durian
Serawa / Pengat Durian

Pengat durian?  Ya musim durian datang lagi, so saya nak kongsikan resepi pengat durian semudah ABC.  Kerana apa?  Kerana saya buat hanya menggunakan gula putih sedikit sebagai penambah manis, sedikit garam untuk menambah rasa lemak. 

Ok, sebelum tu saya nak memecahkan kekeliruan sendiri dan mungkin ada orang lain jua seperti saya yang keliru diantara pengat dan serawa.  Sebenarnya berhari-hari jua dok cari apa beza diantara 2 nama ni.  Hasil temuan, sebenarnya serawa dan pengat membawa erti yang sama iaitu bubur manisan.  Manisan ni sangat sedap dimakan ketika masih suam atau ada juga yang lebih suka makannya ketika sudah sejuk.  Bagi saya, masukkan dalam peti sejuk dulu baru makan, sangat sedap tau.  Serawa ni selalunya dimakan atau dicicah dengan nasi pulut dan roti, malah ada juga yang memakannya bersama roti jala.  Terpulang kepada selera masing-masing.  

Dalam entry ni, saya tulis resepi pengat durian disertakan sekali dengan cara memasak nasi pulutnya yang sangat senang dengan hanya menggunakan periuk nasi eletrik.  Jom cuba buat......

Bahan-Bahan:

1.  Serawa / Pengat
  • Isi durian (yang masih berbiji)
  • 3 cawan santan cair
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1/3 cawan gula
  • 1 sudu teh garam

2.  Nasi pulut
  • 2 cawan beras pulut
  • 4 sudu makan santan pekat
  • 4 sudu makan air 
  • Daun pandan
  • Secubit garam
  • Air secukupnya
vLog Cara buat Pengat Durian @ Serawa Durian

Cara-Cara Membuatnya:

1.  Masukkan santan cair, garam dan gula ke dalam kuali.  Gaul sekata.

2.  Kacau hingga mula nak mendidih iaitu santan mula nak panas barulah masukkan durian.  Terus gaul sehingga sedikit pekat tapi pastikan jangan sampai pecah minyak....kena gunakan api yang sederhana atau kecil ya.  Boleh tambah air jika nak kuah pengat lebih.  

3.  Gaul sehingga isi durian lecek dan tertanggal daripada bijinya.  Selepas itu, masukkan santan pekat.  Gaul lagi sehingga kuah sedikit memekat maknanya serawa sudah masak boleh matikan api.


Jom sambung dengan nasi pulut pula....

1.  Rendam beras pulut sekurang-kurangnya 2 jam.  Kalau tak rendam pun boleh, tapi struktur nasi pulut sedikit berbeza daripada yang sudah direndam.  Kalau rancang awal dan ada masa yang cukup, seeloknya rendamlah dulu heheheee.

2.  Didalam mangkuk, satukan santan, 4 sudu makan air dan secubit garam.  Gaul sekata.

3.  Kemudian masukkan ke dalam periuk nasi,  diikuti dengan daun pendan dan air.  Paras air hendaklah 1 inci lebih daripada paras beras.  Kalau terlebih air, beras pulut akan lecek.  Tanaklah seperti memasak nasi biasa selama lebih kurang 10 minit.

4.  Setelah 10 minit, masukkan campuran santan dan gaul dengan sekata.  Selepas gaul, tutup semula periuk dan sambung memasaknya selama lebih kurang 15 ~ 20 minit.  Bila sudah masak, hidanglah bersama serawa durian.

Selamat mencuba.