Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Masak Pindang adalah salah satu resipi yang sangat sesuai untuk mereka yang nak berdiet atau yang sedang dalam pantang lepas bersalin.  Penggunaan halia dan serai dalam ramuan masakkannya sudah cukup membuang angin yang berlebihan didalam badan.  Ida menggunakan cili api tu hanyalah sekadar ada rasa pedas sedikit supaya anak-anak pun boleh makan.  Jika perasan Ida tak tumbuk lumat pun cili tu 😃.  Proses memasaknya yang sangat mudah membuatkannya salah satu daripada resipi kegemaran Ida.  Untuk masakan ni anda boleh menggunakan ikan apa-apa sahaja yang penting ikan tu anda suka makan 😁 contohnya ikan kayu atau ikan aye, ikan siakap dan pelbagai lagi.

Selain masak pindang ni saya dah buat resepi Asam Pedas Ikan Pari, dan juga ikan tongkol masak singgang kalau nak tengok boleh klik je.

Oklah jom kita tengok bahan-bahan dan cara masak ikan Lolong Mata Besar ni di masak pindang.  Bahan-bahan tu memang sikit kuantitinya kerana Ida masak mengikut saiz keluarga Ida.

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan Lolong Mata Besar
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 1 inci halia  
  • 1 batang serai
  • 5 tangkai cili api
  • 1 ketul kecil kunyit hidup (jika ada)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 teh ajinomoto
  • 1/2 cawan air asam jawa  (tiada dalam gambar)
  • 200 ml air 

Cara-Cara Memasaknya:

1.  Tumbuk menggunakan lesung atau blender bawang merah, bawang putih dan halia.  Serai dan kunyit hidup di ketuk serta cili api di tumbuk manja.

2.  Rebus air sehingga mendidih dan terus masukkan bawang putih, bawang merah, halia, cili api, kuyit hidup, serai garam, ajinomoto dan serbuk kunyit.  

3.  Gaul dan reneh lebih kurang 2 minit kemudian tambahkan air asam jawa.  

4.  Setelah mendidih masukkan ikan.  Rebus lebih kurang 7 hingga 10 minit atau sehingga masak.  Hidangkan bersama nasi panas.  Sangat sedap, seperti meminum air rebusan halia 👍.


Selamat mencuba 👍👍