Sayur Batang Pisang Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Hari ni first time masak sayur teras batang pisang ni.  Masa zaman kanak-kanak selalu je makan sebab mak selalu masak.  Kalau dah pokok pisang banyak dekat rumahkan.  Batang pisang ni pun dapat dari rumah adik yang memang banyak pokok pisang, harap berjual di pasaraya atau pasar memang tak adalah.  Oklah, jom kita lihat resepi batang pisang masak lemak cili api yang sangat sedap.  

Selalunya jika batang pisang ni direbus atau dimasak akan menjadi hitam atau lebam tapi tips untuk mengelak benda tu berlaku ialah letak sedikit garam dalam air rebusan batang pisang tu.  Sebenarnya ada juga orang tak rebus, just digumas bersama garam sehingga lumat kemudian perah dan buang air perahan barulah cuci.



Bahan-bahan:

  • 1 kg batang pisang (bahagian teras yang lembut sahaja)
  • 100 gm udang kering - tumbuk
  • 3 biji bawang merah - tumbuk kasar
  • 2 biji bawang putih - tumbuk kasar
  • 5 biji cili padi (mix merah dan hijau) - tumbuk
  • 1 kotak santan /200 ml
  • 3 Sudu makan minyak
  • Garam dan ajinomoto
  • Serbuk kunyit
  • Air secukupnya

Cara Memasaknya:

1.  Potong nipis (tebal pun boleh cuma kena rebus lama) teras batang pisang.  Kemudian rebus lebih kurang 10 ke 15 minit (sampai nampak masak dan layu).  Air rebusan hendaklah dicampur dengan 1 sudu garam.  Setelah itu, toskan dan cuci dengan air paip untuk hilangkan getahnya.

2.  Tumis bawang merah dan putih dengan menggunakan 3 sudu makan minyak masak sehingga wangi.  Kemudian masukkan udang kering yang telah ditumbuk tadi.  Tumis sekejap sehingga agak rangup.

3.  Tambah 1/2 cawan air kemudian masukkan batang pisang yang telah direbus tadi.  Gaul, boleh tambah sedikit lagi air jika nak kuah lebih.  Masukkan garam dan serbuk perasa.  Gaul sebati lagi.

4.  Selepas itu, masukkan lagi serbuk kunyit dan cili merah dan hijau yang telah ditumbuk lagi.  Gaul lagi.

5.  Akhir sekali masukkan santan.  Gaul sebati lebih kurang 5 minit.  Ok dah siap matikan api dan boleh hidang.  

Selamat mencuba.
 
Pst masa ambik batang pisang ni saya ambik daun pisang sekali terus buat Lepat Pisang dan Pulut Panggang.